Ayah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Along

Lilypie Fifth Birthday tickers

Aiman

Lilypie Third Birthday tickers

Ahmad

Lilypie First Birthday tickers

MY LITTLE CALIPH CONTEST




~CITA-CITA, IMPIAN & HARAPAN SEORANG IBU BUAT ANAK-ANAK NYA~

bercakap mengenai cita-cita, impian dan harapan ini kadang2 buat ibu rase pilu sgt hati ini....kerana setelah menjadi seorg ibu, baru lah ibu mengerti betapa besar nya harapan seorg ibu terhadap anak-anak mereka...

sebelum ibu mencoret lebih panjang mengenai impian & cita-cita ibu buat anak-anak ku semua..ibu nak berkongsi sebuah cerita benar buat tatapan anak-anak..cerita ini lah yg menjadi sumber isnpirasi ibu untuk terus berjaya...menjadikan ibu seorg yg tabah bila dugaan menlanda....semua nya bermula dari kisah kasih nenda kamu...

"dari hati seorg ibu...kami ingin melihat anak2 berjaya..bukan pangkat doktor atau jutawan dunia yg di harap kan..tetapi nilai2 mulia seorg insan yg patuh pada Rabb nya"...

ini lah yg di sampaikan oleh atuk kamu semua kepada ibu mengenai kata-kata akhir arwah nenda kamu...waktu nenda meninggal ibu masih di darjah 4..mungkin tidak terlalu kecil untuk memahami erti pemergian tempat bermanja..tetapi masih terlalu awal untuk kehilangan nya...kisah mengenai cita-cita & harapan nenda bermula pada ketika ibu dan maklong kamu semua hendak masuk sekolah rendah..ikut kan atuk kamu..ibu dan maklong & semua ank2 nya mst lah ke sekolah cina..kerana di sana sistem pembelajaran yg teratur dan lagi advance dari sekolah kebangsaan kerajaan...tetapi secara halus nenda menegur atuk..

"anak-anak ibarat kanvas..kita yg mencorakkan nya menjadi lukisan yg indah..mahukah kita mempunyai lukisan yg indah tetapi tiada nilai di sisi ALLAH & RASUL & masyarakat??"

nenda cadangkan pada atuk untuk hantar ibu & maklong dan anak2 nya semua ke sekolah agama swasta..yg sistem pendidikan nya lebih islamik dan terpelihara peribadi...alhamdulillah berkat kesabaran atuk & nenda mengharungi arus cabaran kewangan demi mendidik ibu adik-beradik, kami berjaya menjadi insan berguna..mungkin kini belum menjadi jutawan muslim yg meyebarkan syariah islam..tetapi suatu hari nanti....
Bermula dari sejarah dan cerita ini..sejak kamu wahai ank-ank ku di dlm perut lagi ibu dah bercita-cita nak mendidik kamu semua dgn baik dan mengikut garis panduan yg islam tetapkan...harapan ibu suatu hari nanti anda semua bakal menjadi insan yg bisa berkhidmat untuk agama islam...walau apa pun jua bidang pekerjaan kamu semua...nasihat ibu buat lah kerja yg halal...bila bekerja mestilah bersungguh-sungguh...harta dunia adalah bonus buat kita sebagai jambatan untuk kita melangkah lebih jauh mencari keredhoanNYA...tetapi bagi ibu, ibu kini telah menjadi jutawan kerana telah berjaya melahirkan pejuang dan mujahid2 kecil...kamu semua adalah harta paling beharga ibu dan ayah...sekarang tugas terbesar ibu adalah untuk mencorakkan kamu semua menjadi lukisan terindah & berharga buat islam...

 dteha,
ibu kepada 2 hero yg soleh... 


p/s: nak ucap thanx sgt to kawan ibu, Aunt Asniza yang perkenal kan contest ni kat ibu...mule2 ibu pun dah mati kutu nak tulis ape tuk anak-anak ibu ni kat blog ni...



2 comments:

  1. Subhanallah! sgt kagum dgn nenda mujahid2 Allah ni..masih terpahat kemas dihati seorang anak yang kini seorang ibu..setuju sgt hantar ank2 ke aliran agama..ni memang tanggungjawab kite..mudah2an apa2 yg kite harapkan adalah terbaik juga disisi Allah. same2 doa untuk semue anak2 muslim hebat!

    p/s: insyaAllah tunggu pengetue yg sibuk bw bile2 die suke hehh ;)

    ReplyDelete
  2. Salam.. Ummu muhammad minta semua peserta hantar detail untuk penghantaran cenderahati.. TQ

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...