Ayah & Ibu

Daisypath Anniversary tickers

Along

Lilypie Fifth Birthday tickers

Aiman

Lilypie Third Birthday tickers

Ahmad

Lilypie First Birthday tickers

Selamat datang new family MUHAMMAD AHMAD BIN MOHD HAFIZUDDIN

Gambar Ahmad dah botak..
baru botak siang rambut dah tumbuh pada esok nya.. 

Entry kali ni pasal new member dalam family kecil kita.. hero & permata hati ibu ayah yang ke-3.. Muhammad Ahmad bin Mohd Hafizuddin nama di beri... tapi sebelum ahmad lahir cerita memang suspen.. 

31/5/2014 (Sabtu) 
 Dua hari sebelum ahmad di lahir kan... masa ni ibu nak sgt tengok cerita X-MEN kat panggung wayang.. jadi pada hari ini ayah bawak kita sekeluarga menontong wayang cerita X-MEN di TGV bukit raja... cerita dia best tp yang tak best nya ibu tak dapat nak tengok ending dia sebab lagi 15min nak habis cerita aiman terkencing dalam panggung atas pangku ayah dan kita semua kena balik.. mmg sangat tidak seronok... 

disebab kan bukit raja dekat dengan rumah pak long & mak long & kebetulan masa ni nenek melah pun ada di rumah paklong, jadi ayah buat keputusan untuk terus ke rumah paklong mandi & solat asar.. lepas solat jadi kita pun rehat & makan terus di rumah paklong.. (kira pekej lah..hehehe)... setelah penat dan maghrib makin menghampiri jadi ibu pun ajak ayah balik rumah kita... tapi sebenarnya sepajang dalam panggung wayang lagi hingga lah rehat-rehat di rumah paklong baby dalam perut ibu ni dah mula mengeras & kurang bergerak & ibu dah mula sakit pinggang... macam dah siap-siap nak keluar melihat dunia... tapi sebab ibu tak rasa sakit sangat & ibu nak sangat menonton cerita X-MEN jadi ibu diam aje... hehehe..

dalam perjalan balik dari rumah paklong ke rumah kita kena lalu satu kawasan sunyi.. dari cerita-cerita ayah kawasan tu dulu berhantu... sekarang kita tak tahu lah.. tapi nak di jadikan cerita.. lepas sampai sahaja rumah dah azan maghrib.. jadi ibu pun siap-siap mandi nak solat.. ayah pulak dah siap je solat terus nak keluar jumpe kawan.. lepas ayah pergi jumpe kawan ibu pun masuk bilik nak tido & anak-anak pun ibu pakse tido jugak...

dalam jam 10 malam ayah pun balik dan ketuk pintu.. ibu pun bangun bukak pintu dan terus masuk bilik balik sebab masa ni pinggang ibu dah tersangat sakit... masa ni lah cerita suspen bermula... JENG JENG JENG

Lepas bukak pintu untuk ayah, ibu terus masuk ke bilik tp ayah nampak ibu duduk di depan kawan tv sebelah akram aiman yang sedang tidur... bila ayah nak tegur ibu ayah nampak ibu gerak berjalan ke arah dapur... jadi ayah pun masuk lah bilik untuk ambil tuala nak mandi... tp punya lah terkejut ayah sebab nampak ibu tengah baring atas katil.. cepat-cepat ayah ke dapur nak tengok siapa yang ada di dapur.. tp tak ada sesiapa... jadi ayah kejut kan ibu & suruh ibu tido kat depan dengan anak-anak... ayah pun mandi & solat lepas tu ayah baca surah baqarah sampai habis... ayah cakap masa ayah tengah baca surah baqarah terasa sangat berat... jadi paham-paham lah siapa yg kedapur tu ya...

1/6/2014 (Ahad)
Ayah siap baca surah baqarah jam dah menunjuk kan pukul 3 pagi... masa ni ibu pun bangun nak buang air kecil... dan masa nilah tanda darah keluar... tanda baby dalam perut dah siap sedia nak keluar... ibu bagi tahu ayah tp since tak sakit sangat lagi ayah pun tidur dulu & ibu pun kemas-kemas barang nak pantang di rumah nek mi... owh kebetulan 1/6 adalah birthday nekmi

Pagi tu ibu & ayah hantar akram & aiman ke rumah nekmi & ayah bawak ibu ke pusat bersalin barakah... masa sampai klinik jalan baru bukak 3cm.. ini bermakna lambat lagi nak bersalin.. jadi ibu mintak nak balik minum air kelapa dulu... lama juga ibu nak tunggu jalan bukak.. masuk wad jam 12 tengah hari... jam 2ptg doc pecah kan air ketuban.. jam 6 petang jalan baru bukak 4cm.. tp di sebab kan baby dalam perut dah berak.. jadi ibu akhirnya di paksa bersalin... dalam jam 10malam ibu masuk labor room dan di indiuce (tah betul ker eja).. masa ni baru rasa sakit yang teramat sangat... habis semua org ibu suruh urut.. 


2/6/2014 (Isnin)
Lepas berperang dengan sakit yang tak tertahan... akhirnya tepat jam 12.48am ahmad pun selamat keluar... 



gambar ahmad fresh dari ladang... 
baru je keluar dari perut ibu

ada video ahmad masa ni tapi tak de dalam hp ibu... nnt ibu dah dapat dari hp ayah ibu upload balik dalam blog ni... kenangan ni.. mesti simpan untuk tatapan ahmad bila dah besar nanti..


Raya Cina + berkelah di Lata Kekabu, Perak

Tarikh : 10 Feb 2013 (sempena cuti raya cina)

Bersempena cuti raya cina. Kita sekeluarga + maklang balik ke kampung di kuala kangsar. Jumpa atok wan & nenek melah. Disebabkan rumah atok wan lokasi nya di pekan liman yg majoriti penduduk di cne cina so raya cina mmg meriah di rumah atok... bunyi letupan mercun kalah raya puasa.. Adik beradik ayah pun semua balik berkumpul sempena cuti raya cina yg panjang. Untuk mengisi waktu cuti selain ke kebun atok, kali ni atok & nenek bawa kita semua ke Air Terjun Lata Kekabu. Tempat mmg nice & cantik sgt.

Tp sayang di sebab kan telinga along yang sakit. Kita sekeluarga tak boleh mandi beria sangat. Jeles ibu tengok kak long, abg ngah, irfan, kimi, aqil mandi.. Semoga along cepat sembuh.. nnt kalau along dah sihat kita sekeluarga akan bercuti puas-puas mandi-manda ya..

Share gambar yg tak seberapa:

Penat lepas mandi-manda.
(takut air sejuk... kene air je nangis)

Adam , Mak Ngah, Rania

Nenek, Mak Lang, Mak Long

Akram membawa diri cz tak boleh mandi. Sian

Along & Aiman

Aiman posing comel

Akram, Hakimi, Afiq Daniel (abg ngah), Irfan, Aiman

Comel berdua.

Upin Ipin (Irfan & Akram)

Ayah & Ibu. (terkenang zaman muda-muda)

Ulangtahun Perkahwinan = 5 tahun

16 Feb 2013 (sabtu)

5 tahun yg lalu... pada tarikh di atas ibu dan ayah telah selamat di ijab kabulkan & di satukan menjadi sepasang suami isteri. Sweetkan. Ibu ingat nak share video kawin sempena tarikh keramat ni.. tp lupa nak copy dari cd simpanan atok..

Pada tarikh ini juga 16 Feb tetapi tahun 2013 iaitu selepas 5 tahun ibu dan ayah bersatu.. Kawan baik ibu aunt Amy merangkap client ayah telah menamatkan zaman bujang mereka. So tahun ni ibu & ayah telah menyambut ulang tahun kami di kenduri AMY & ALI di kuantan..

ni gambar-gambar yg sempat ibu rakamkan.

cuaca hujan. Punya lah susah nak cari rumah pengantin.
Signbord kecil, tp bunga mangar banyak.

Sampai rumah pengantin terus lepak dalam rumah cz hujan yg lebat

Maklang & paklang & adam with pengantin

Ibu jumpa balik dengan Aunt Yen.. bbf ibu time diploma kat klate. Rindu mereka.
(copy gambar ni dari blog yen)

Siap-siap nak ambil gambar dengan pengantin.
comel jer pengantin..sama kurus & sama molek.. 
Ibu & ayah pun sama molek kan.. hehehe
(wah tidak!! gemuk nya ibu)



Perpustakaan + Bowling

26 Feb 2013 (selasa)

Hari ni kat opis ibu sempat belek-belek gambar dalam album HP ibu..so bila tengok gambar tabung along yg cantik baru ibu teringat yg ibu tak share lagi pasal aktiviti kita di perpustakaan negeri selangor "Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS)".

Activiti ni berlaku pada 10 November 2012 (ish lame dah... baru ni ibu nak share kan)

Ibu tak ingat hari tu ada cuti apa..tp yg pasti kita pergi perpustakaan lepas tu kita main bowling di pusat bowling Sharlin Zukifli. Mcm biase lah ibu mmg tak reti sgt nak coret panjang-panjang.. so kita biar kan sahaja gambar berkata-kata ya..

ENJOY!! 

Along berkarya.
Harga tabung doremon : RM15 , color : free

Ayah tolong cantik kan doremon along.

hasil kerja along setelah di touch up oleh ayah & ibu.
Ibu cakap kalau masuk duit dalam tabung ni duit pun segan nak keluar.
"Cantik" sangat. hehehe 

bergambar di pintu keluar perpustakaan.

Menanti Q nak main bowling.



Activity petang

Tarikh : 5 Feb 2013
Lokasi : Dataran Air Pancut, Masjid Negeri Shah Alam
Masa : 5.30++ (lepas ambil ibu balik kerja)

Assalamualaikum.

Hari ni ibu nak share activity yg kita biase lakukan sejak ibu dah mula kerja ni... selalu petang2 pas ayah ambil ibu di office, ayah & ibu akan pergi ambil anak-anak di taska di jalan kebun...then pas tu kita akan balik rumah nenek & atuk... biase lah kita akan rehat2 dulu sebab jln nak balik umah kita dari jalan kebun masih jam.. yer lah semua org nak balik kerja.... tp kadang2 ada juga time2 ayah akan ambil anak-anak dulu baru ambil ibu.. kalau ambil ibu kemudian selalu nya kita sekeluarga akan jalan-jalan di sekitar tasik shah alam. Tapi kali ni ibu nak share video time kita rehat2 kat masjid negeri depan dataran air pancut.


Ibu try untuk upload video time anak-anak main lari2.. tp tah nape tak leh.. asik error je.. =( sedih

kat bawah ni pula antara gambar-gambar yg sempat ibu rakamkan. tak banyak pun cz view dia sama aja.


Baru sampai.. aiman tak nak cari kasut so turun kereta lambat.

Ok ibu dah carikan kasut. Baru boleh turun kereta.

Ayah , along & aiman lumba lari. 
Jauh ketinggalan Aiman sebab jalan bukan lari.


Ayah mendahului larian. Di sebalik air pancut.


Along pun dah sampai. Tp mane Aiman??

Along geram dengan air pancut tu.

Ayah kepenatan berlari. Kelihatan Aiman patah balik dari larian.
Tak aci!!

Along & Ayah dah satu pusingan. Tp aiman patah balik. huhu


Nak baring jugak. Penat nya org yg lari separuh pusingan tu.


Ayah + Ibu

Along selepas pusingan no.2

Tu lah antara gambar-gambar yg sempat ibu rakamkan dengan HP Samsung S3 baru ibu. Hadiah dari ayah sempena ulangtahun perkahwinan ke-5 kami. Ibu dapat hadiah in-advance since tarikh ulangtahun kami adalah 16/02... 

Lepas penat berlari-lari di dataran.. ayah bawa kita semua makan Tart Nasi Ayam. Alhamdulillah rezeki yg sedap. Sampai rumah kita terus tido.. Hehehe.. Kena tido awal cz esk nak kene bangun awal untuk ke sekolah. 

Kedai buku Atok

Monday 14 January 2013 : 11.31am

Now ibu di office melayan lagu Sayang dari Shae penyanyi dari seberang... ni lirik nya yg ibu ambil dari mr.google

lagu ni ibu tujukan pada ayah 


Sayang apa khabar dengan mu
Di sini ku merindukan kamu
Ku harap cinta mu takkan berubah
Kerna di sini ku tetap untukmu

Sayang apa khabar dengan mu
Cobalah kamu telepon diriku
Ku rindu dengar suara indahmu
Kerna dirimulah semangat hidupku

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu

Jangan ragukan cintaku
Percaya sayangku
Jaga hatimu untukku
Ku menyayangimu
Semangat hidupku
Ku tetap untukmu
Cintaku selalu milikmu


Ok today dah masuk minggu ke-2 ibu kerja..td bos ibu baru nak bagi kerja but ibu tak leh nak excess system so KIV lah lu... nak wat mcm ne nak kne tunggu system ok lu baru leh kerja kan..sementara boring-boring nie ibu pun update lah blog..

eh lupe plak nak update apa..nasib baik ibu dah letak tajuk kat ats... klo tak merapu2 jerlah ibu di post kali ni... ok kali ni ibu nak update pasal kedai buku online atuk ibrahim yg ibu tengah usahakan... emm semua ni terjadi di sebab kan ibu yg menganggur selama 6 bulan selepas tamat nya ibu punya degree di UIA... ibu tak de kerja nak buat kecuali duk rumah layan anak-anak & online business & layan cerita korea (yg ayah tak suka ibu buat..ayah kate membazir masa.. tp ibu suka..hehe) so di sebab kan aktiviti yg agak tidak memberangsangkan dan membosankan ibu, ibu telah di minta oleh atuk untuk membantu nya di kedai buku atuk... mula-mula atuk nak ibu kemas kini akaun atuk.. but since tak ada org yg nak manage online store atuk ibu pun buat lah... (atuk siap g kursus cara-cara business internet lagi.. but at the end ibu rasa semua ibu je yg buat...hehehe

ok lah nak cerita banyak pun ibu tak reti sangat so kita zoom terus ker kedai buku tu ya... anak-anak semua sila klik pada link ini ya..http://online-kedaibuku.blogspot.com dah klik sila jadi membership ok... ini arahan mandatori...

Buku itu jambatan ilmu.. tak membazir membeli buku berbanding topup hp... so sila lah tambah kan koleksi buku anda... 

Happy 2013

Today 11/1/2013 Blessing Friday, 11.07am at office ibu Plaza Masalam Sek.9 Shah Alam.


Ibu dah mula kerja sebagai Admin officer di MEDIU since  8/1/2013 (selasa) lepas...Hari ini jgk Along & adik dah hampir 2 minggu bersekolah... so far dah 4 hari ibu duduk kat opis ni but no job have been assign to me...  ibu just duduk2 & di sebabkan boring duduk2 shj ibu pun terpanggil lah untuk mencoret kan sesuatu di blog kesayangan kita ini... 

Ok kat cni ibu nak cerita sikit bab sekolah..mcm ne ragam anak-anak ibu ketika nak ke sekolah.

Anak2 ibu rajin & soleh setiap pagi ibu tak ada masalah nak kejut kan korang semua sepanjang 2 minggu ni... ibu akan bangun jam 5pagi untuk siap2 kan barang nak ke sekolah (sebenarnya barang2 tu ibu dah siap2 kan mlm lagi sebelum tido but ibu bangun awal juga cz nak mandikan anak2, siap kan baju sekolah, pastikan anak2 minum susu sebelum ke sekolah & siap2 untuk ibu ke kerja)... tapi  sebenarnya sepanjang 2 minggu ni, yg akan kejut ibu bangun jam 5 pagi adalah aiman & along... korang akan bangun untuk mintak susu dari ibu..so ibu akan ckp nak susu mandi dulu... sementara korang mandi ibu akan bancuh susu... senang kan...(*_*) alhamdulillah ibu dapat anak yg soleh...

"Mandi di pagi hari sebelum subuh... semoga anak ibu menjadi anak yg sihat & kuat"

Bab bangun pagi anak-anak ibu mmg tak de masalah..tp bab nak kesekolah mcm2 alasan yg korang cipta.

Aiman dengan lakonan drama sebab di pagi hari..buat muka sedih & kesian... Alhamdulillah ibu tak terpedaya dengan lakonan aiman... (~_~)... bila ibu & ayah antar ke taska aiman nangis nak ikut along ke tadika... al-maklumlah tadika bersebelahan shj dengan taska... memjerit2 panggil nama along... Teacher cerita bila along balik tadika pukul 12 tgh hari aiman ikut bontot along mcm dah setahun tak jumpe.. sedangkan kat rumah asik nak gaduh jer.

Along pula ikut mood... kadang2 ok kadang2 tak ok... bila dah sampai sekolah menangis tak nak ke sekolah... mcm2 alasan yg di beri baju sekolah tak de lah, cikgu marah lah, kawan buat along lah... klo cikgu marah mesti bersebab...baju sekolah pulak mmg tak siap lagi... tp bila ibu call cikgu, cikgu ckp along mmg lasak kat sekolah... along akan buat apa shj yg along suka... owh tak nak ikut peraturan ya..padan lah kene marah..

Bila petang pula, along & adik nagis bila ibu / ayah ambil lambat..sebenarnya bukan lambat mana pun..ibu habis kerja jam 5.30pm... perjalanan dari office ibu ke tadika along ambil masa 1/2jam...campur jam lagi slalu ibu lamabt 2 3 mnit shj... tp drama along & aiman mcm ibu nak tinggal kan terus korang di taska... jgn risau lah ibu tak kan tinggal kan anak2 tanpa sebab... selalu ibu ayah mst bawa kan... 

cuma semalam tarikh 10/1/2013 shj ibu mmg lambat sejam dari ambil anak-anak... semua sebab ibu sesat di shah alam... semlm adalah hari pertama ibu drive sendiri ke tempat kerja... pagi hari ayah hantar anak2 ke sekolah dengan motor..amboi seronak semua naik moto.. ayah cerita yg along & adik boleh tido atas moto..nasib ayah dah prepare awal2 ikat along dengan badan ayah...risau klo along jatuh... petang pula ibu ambil anak2... ibu dah keluar office awal tepat jam 5.30pm.. tp malang tak berbau...hehehe..ibu tak tau jalan...ibu pakai yakin jer bawa kereta... tp alhamdulillah akhirnya ibu dapat juga jumpa jalan kembali...=p

Sekian cerita di awal tahun... banyak yg ibu & ayah kena adjust untuk awal taun ni cz perubahan dalam keluarga kita berlaku serentak... along sekolah & ibu dapat kerja... terutama ayah, cz ayah kena adjust masa kerja ayah... semoga pengorbanan ayah untuk kita semua ALLAH balas dengan rezeki yg melimpah ruah, dapat anak2 yg soleh & mendengar kata... 

** ibu nak upload gambar along kesekolah tp kat office ni tak boleh nak transfer data dari hp... so nnt2 lah ya.. akan datang kita view gambar plak... + cerita kita berbasikal di bukit cahaya seri alam...

Selamat tinggal 2012 & welcome 2013

today 28/12/12 jumaat yg berkat... so ini bermakna lagi beberapa hari shj lagi nak tahun baru...so di kesempatan ini ibu nak share lah gambar2 di sepanjang tahun 2012 memandangkan ibu mmg tak active berblog di sepanjang tahun 2012 ni (blog biz ibu pun tak terjaga...dah end of year baru nak kemas kini).... actually ada banyak gak gambar yg comel & mencuit hati sepanjang tahun ni..so jom zooommm....
~January~
Ibu & ayah dapat baucer RM200 setiap seorg dari kerajaan cz kami student..
dengan baucer ni kita shopping buku!!!!

 ~MAC~
aiman masuk hospital SMC selama 7 hari..
sakit pe?? semput..ala ade istilah dia tp ibu tak reti nak mengeja...nnt ibu google & update kemudian..
kat bawah ni gambar aiman sepanjang di hotel hospital..

 seronok menonton upin ipin


~MAC~
 ni gambar kat janda baik time ibu ayah ade reunion sekolah..
buat kat teratak malaya
ni gambar kandang arnab.. huhuhu..
tak de gambar sgt cz aiman baru keluar hospital tak leh mandi sungai

 masih di janda baik..aiman bergambar atas kereta ayah sebelah dengan kandang arnab..


~JUNE~
dah bulan jun..hehehe..ni time tayar ayah pancit di pagi hari mase nak g kerja
mase ni along & aiman school kat I-CARE IIC GOMBAK cz ibu practical kat cne..


~JUNE~
kita berjalan-jalan di waktu petang di taman tasik shah alam...

gaya along 

gaya aiman

makan aiskrim 

bagi ikan makan roti


~JULY~
along bergaya..

~JULY~
gambar bersama moyang korng sebelah ibu
di majlis perkahwinan sepupu ibu aunt jujus@aisha

~JULY~
masak ikan bakar di umah nenek melah di liman, kuala kangsar, perak


~JULY~
berbuka puasa di tanjung port klang,
makan seafood ayah belanja


~AUGUST~
opsss gambar senget...
gambar along bergaya dengan baju raya sebelum hari raya..hehe

Aiman di pagi raya..
ala gambar senget...

Ibu, kak long, abg ngah, along, aqil & adik balqis
di pagi raya


owh senget gak..
ni gambar along & adik maria (anak aunt nisah & uncle muaz) di hari raya..
adik maria datang raya ke kampung liman.. 

~SEPT~
along with kereta
harga kereta : RM270
hasil duit raya along + aiman


~SEPT~
makan2 hujung minggu di IKEA..


balik dari IKEA singgah PAS window shopping

~OCT~
Makan-makan steamboat with paklang & maklang& adam


~OCT~
along di hospital selayang jumpe pakar ENT..
sedang melakukan ujian pendengaran


berjaya melakukan ujian pendengaran dengan cemerlang..
keputusan : 30% daya pendengaran along dah hilang effect dari telinga yg dah hilang gegendang

~OCT~
malam raya haji..
along & aiman baru je lepas potong rambut

sebarnya ada lagi gambar2 yg ibu tak sempat nak letak cz ada kat hp ayah..sume gambar ni hasil dari juru camera yg cantik a.k.a IBU... klo ada kesempatan nnt ibu upload gambar dari hp ayah pulak ya...

SELAMAT HUJUNG TAHUN SEMUA!!!!
SEMOGA TAHUN AKAN DATANG LEBIH BERMAKNA BUAT KELUARGA KAMI & ANDA SEMUA YG MEMBACA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...